Assalamualaikum from me to you.
Hati ini sedih. Sangat. Celaru. Mood minggu ni or last week, adalah melayan emosi dan perasaan. Why? Persoalan yang malu untuk aku mengaku.
*tergelak sinis
Aku ada terbaca post beberapa orang this past weeks. Malu.
Seoarang bakal ibu yang tidak sempurna menantikan kelahiran bakal anak ke bumi-menerima cacian ramai, seorang tunangan orang yang hendak sempurna kan diri, meluahkan isi hati kepada tunang yang bakal menjadi imam nya, seorang kakak yang kecewa dengan sikap adiknya yang tidak pernah serik dan banyak lagi.
................
Sunyi. Selalunya aku mempunyai tempat untuk mengadu, di mana situasi nya selalu aku meluahkan , kadang-kadang mendengar sahaja. Kerana, hanya mendengar suaraku, sudah cukup diketahui kesedihan di dadaku, lalu nasihat diberi tanpa perlu aku berkata-kata, sambil ditemani air penyejuk hati.
.............
Dewasa? Apakah itu? Matang? Selalu menjadi permintaan.
*termenung
Apakah aku perlu menunjukkan segala-galanya, luar dan dalam aku juga kepada ramai? Perlukah aku menjadi orang yang serius dalam setiap kata dan laku ku, sedangkan dalam pemikiranku, sudah terlampau penat aku menjadi dewasa? Bukan aku menolak idea matang atau dewasa itu. Aku juga mahukan ramai sekelilingku berfikir dan bertindak dengan matang a.k.a tidak lagi kebudak-budakan.
....................
Tapi, dunia tidak akan cantik lagi, seperti mana aku mengenalinya. Aku mahu laku seperti budak-budak, aku mahu keluarkan kata-kata yang bernas. Namun, tiap kali, dua ini tidak berjalan seiringan. Tiap kali, teman ku inginkan nasihat dari ku, akan ku berikan sepatah kata yang cukup bernas rasaku, namun ku selingkan dengan tawaku atau lenggok tubuh ku yang tidak menggambarkan sebenar pesanku.
..............
Seringkali juga diri ku yang sudah menginjak usia, dilayan seperti adik-adik kecil. Adakah aku kecil hati? Tidak. Aku suka begitu. Namun, tipu. Jika kena pada tempat, orang dan waktu nya, aku suka begitu. Namun, jika orang, waktu dan tempatnya tidak kena, aku memberontak.
..................
Biarlah. Usah dilayan. Mereka begitu kerana belum cukup mengenali aku. Aku juga tidak mahu mereka begitu mengenali ku. I'm saving myself for me.
*Kecewa.
Aku rasa, secara bodohnya kerana seorang lelaki. Atau. Dua orang kah?
*ketawa sinis.
Ye, aku suka kan dia. Perlu kah aku mengaku? Tidak. Aku lagi gentarkan rejection, dan termusnahnya talian sahabat kami. Aku rindukan dia. Tapi, aku takutkan dosa itu. Aku lupa caranya. Aku marahkan diri. Adakah aku LUPA matlamat aku, impian aku yang dia hancurkan dulu, angan-angan yang aku simpankan hingga sekarang? Ketika aku menangis hiba, ketika aku LUPA arah.
Dan, aku masih lagi mahu begini.
........................
Mungkin, aku perlu untuk besar. Keluar dari dinding pagar aku dan laku seperti dewasa. Mungkin perlu untuk aku simpankan manja ku, manis ku, hanya untuk mereka yang aku percaya. Tidak lagi menerima sebarangan manusia dalam hidup aku. Mungkin sudah tiba masa aku menjadi AKU, in and out.
.........................
Baik lah. Mulai saat ini.
......................
Tidak. Aku masih aku. Who am i kidding?
Ini lah apa yang aku rasakan sekarang. Sambil mendengar lagu Tattoo.